Dashboard | +Follow

McJellyz Tutorialz.


★ I'm back from my trip to PD!
It's been an exhausting 3 days 2 nights trip but it was worth it! Hoho. Macam-macam saya buat kat sana. Okay, meh saya cerita hokay?

First Day.
Saya pergi sekolah pukul 2 petang. Kena sampai sana sebelum pukul 2.30 petang. Kalau boleh saya nak pergi pukul 1 gitu tapi ayah kena pergi solat jumaat. Dia je yang hantar saya pergi mana-mana sekarang. Heh heh. Sampai-sampai sekolah, tak nampak sesapa pun. Jadi saya pujuk ayah suruh teman dulu. Lepaih tunggu dalam beberapa puluh minit, nampak la Jannah, Baitu dengan Najwa. Rupa-rupanya Aiman dengan Hadi pun dah sampai tapi diorang duduk dekat Pondok. So saya pun salam bapak saya and pergi kat dyorang. 

Satu per satu cikgu pun sampai. Heheh makin rasa tak sabar. Rasa rindu dekat internet takde langsung. Sebab benda ni dah ditunggui berbulan-bulan you know. Pukul 2.35 , bas sampai. Kami pun naiklah. Saya seret beg saya. Ingatkan besar sangat beg saya tu, rupanya ada lagi yang besar. Ha hah. 

Yang pergi tak ramai pun, tapi bas bukan main besarnya. Jadi banyak tempat kosong and saya dapat duduk sorang-sorang. Aiman duduk depan ke belakang entah saya lupa. Patutnya kitorang duduk sama-sama, tapi entah apa pasal dia tu. Ntahla, biaq pi. Sakit hati betui. Maka berlepaslah kami ke Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Perjalanan selama 1 jam lebih. Saya baca komik, termenung, menangis sebab tiba-tiba rindu mak T^T and tidur. Sedar-sedar dah sampai dah. Besar gak tempat tu. Ada swimming pool, jakuzi and macam-macam lah. Saya tertarik dengan Go-Kart. Heh heh.

Lepas dah daftar kat cikgu and amik goodie bags, kitorang dibawa ke dorm kitorang. Mula-mula ingat tidur dalam bilik tau, tapi dapat dorm pulak. Takpe, saya sebenarnya dah lama teringin nak tidur kat dorm. Bila dh sampai, kami nampak banyak katil 2 tingkat. Semua berebut katil bawah. Saya nak katil tingkat atas heee. Ada dua air-cond dalam tu. Tandas kat luar tapi selesa. Hehe. 

Lepas dah sampai, kami pergi main Treasure Hunt. Tak best pun, jadi malas lah nak cerita T^T Lepas Treasure Hunt, kami terus pi dinner and balik dorm untuk mandi dan solat. Lepas dah siap, saya, Jannah and the others kononnya nak pergi Convenient Store, nak beli makanan lah. Tapi mahal nak mampus. Air tin, RM4. Mati aku woiii bankrap ahh. Jadi kami pi melepak kat swimming pool. Rendam-rendam kaki, main game hehe. Saya ada pergi dating jugak hehehe.

Dah habis dah game semua, kaki saya cramp. Mak datuk sakitttt. Jadi balik lah dorm. Masak air panas, pastu makan Hot Cup. Dh habis tu, terus tidur. Heheh

End of day 1. To be continued. Pictures will be included. Babai loves :*

xx Nazihah Anuar

- Tutorial List
- Personal Blog

p/s ; This blog is for tutorials only.
p/s(ii) ; I'm more active on my personal blog.