Dashboard | +Follow

McJellyz Tutorialz.


★ Saya nak nasihat 'Dajjal' ne.
Hebat kan cara dia menegur saya :)

Assalamualaikum Dajjal.
Bangga ye jadi Dajjal yang laknat ne? Astaghfirullahalazim.

Kehadapan tuan/puan Dajjal,
Apakah yang saya buat sehingga saudara mahu mengutuk saya? Tak puas hati? Sesungguhnya blog saya ne bukan nya lawa mana pun. Sudah pasti blog saudara lebih cantik cun melecun dari saya. Blog ne pun saya tak edit banyak mana. So konklusinya, memang tak cantik blog ini :)

Kehadapan tuan/puan Dajjal.
Yang saya pakai dalam gambar itu namanya pashmina, bukan tudung. Dan saya memang tak reti pakai pashmina. Saya tak suka belit-belit cam nak bunuh diri tu sebab nanti mendedahkan pula aurat dada saya. Saya tahu macam mana nak bertudung. Iaitu bertudung dengan menutup aurat. Sekurang-kurangnya saya masih menutup aurat rambut saya didalam gambar itu. Lagi satu, pocong mana ada yang nak dikapan. Memang pocong dah kapan pun.

Akhir sekali,
Janganlah saudara berbangga menjadi makhluk Dajjal yang akan merosakkan agama saya suatu hari nanti. Semoga saudara bertaubat ye. Mengutuk orang ne pun berdosa. Saya minta maaf jika sesuatu yang saya buat telah mengguris hati saudara. Jikalau saudara tak minta maaf pun, saya sudah maafkan kerana saya ne pemaaf orangnya. 

Sekian, Terima kasih :)
Assalamualaikum.


- Tutorial List
- Personal Blog

p/s ; This blog is for tutorials only.
p/s(ii) ; I'm more active on my personal blog.