Dashboard | +Follow

McJellyz Tutorialz.


★ Monyet masuk sini woot.
Assalamualaikum. Hai y'allz :)

Sedang saya tengah menikmati air teh strawberry sambil mendoodling dengan tablet tersayang, tetiba saya dengar Tok Teh saya menjerit. Saya pun terjerit jugak LOL. Bila tanya dia apasal? Dia kata ada monyet #the real monyet okai masuk dapur. Pastu dia asyik kata, Pi la tengok pi la tengok. Aiseyh, zihah tak berani lah. Macam mana kalau dia gigit ai? Siapa nak tolong? Tapi, anak monyet je pung. Dia dah blah ikut tingkap.

Mula mula tensen sikit bab dia selinap masuk ikut tingkap. Tapi lama-lama saya fikir, dulu kawasan ne rumah dia. Dulu ada hutan. Sian dia takde rumah kan? Camne kalau kita punya rumah dimusnahkan, mesti kita sedih, aite? Mesti monyet tu nangis setiap malam. Bab rumah dia da takde. Tapi kita mana paham kan? #emosi neeeee

Dulu, everytime saya pergi sekolah, mesti nampak bukit bukau yang menghijau. Lawoo weyy. Tapi sekarang dah gondol dah bukit tu. Apa entah manusia-manusia nak buat kat situ. Mesti ramai haiwan hilang tempat tinggal.  Makin pupus lah haiwan-haiwan kat dunia ne kan kan? Manusia tak kesian ke kat depa? 

Soooo kita kena bertegas untuk selamatkan hutan-hutan dan spesis monyet yang takde rumah tu okaiii. Depa mungkin takde akal tapi depa ada naluri. Kalau depa tengok rumah depa kena musnah, mesti depa freak out. Meroyan gitu. So kalau korang taknak monyet masuk rumah korang and curi makanan korang, jangan ada cita-cita nak bangunkan bangunan dekat hutan okai. Rumah makhluk Allah tu tau

Tengok, omel gila kannn? :3


- Tutorial List
- Personal Blog

p/s ; This blog is for tutorials only.
p/s(ii) ; I'm more active on my personal blog.